Yayasan Mihrab Menyalurkan Sebanyak 500 Set Pengurusan Jenazah Kepada Insan Asnaf Setiap Bulan
Dengan Izin Allah, Kami Berupaya Meringankan Beban Ahli Keluarga Yang Tiada Wang Ringgit Untuk Menyempurnakan Jenazah Yang Tersayang
Kelebihan Berinfaq :
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.”
(HR. Bukhari, no.6)
Kelebihan bersedekah ini bukan sahaja diberi kelapangan di alam kubur, malah diberi naungan Allah S.W.T. pada hari akhirat.
Baginda S.A.W. telah bersabda, yang bermaksud:
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah”
Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Muslim.
Berinfaqlah sebanyak mungkin seolah-seolah tiada lagi hari esok
Ayuhlah Kita Bantu Yayasan Mihrab Dengan Berinfaq Kepada Misi Sumbangan Set Pengurusan Jenazah :
5624 0567 6433
Nama Pemegang Akaun : Pemegang Amanah Yayasan Mihrab
Syukur Kepada Allah, Kami Diberi Peluang Untuk Menyantuni Penduduk Di Masjid As-Salam dan Kg Gelam-Gelam, Pulau Bumbum Semporna, Sabah
Setiap anak Adam yang hidup pasti akan dipanggil Ilahi. Kita bantu sempurnakan “pakaian” terakhir mereka, agar suatu hari nanti “pakaian” terakhir kita juga dapat disempurnakan
Fadhilat Bersedekah Pada Bulan Ramadan :
Setiap amal manusia akan diganjarkan kebaikan sehingga 700 kali ganda
Dosanya Terhapus seperti air memadamkan api
Mendapat naungan dari Allah S.w.t pada hari akhirat kelak